Saturday, January 2, 2016

PENGHARGAAN..

Kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya yang tidak terhingga . Selawat dan salam ke atas nabi junjungan, keluarga, sahabat handai baginda dan pengikut-pengikutnya hingga ke hari kemudian.
Tugasan ini yang bertajuk ‘bandingkan proses kejadian hujan dan awan menurut alquran dan sains akan memberikan pendedahan kepada pembaca tentang bentuk-bentuk kejadian bumi dan langit.
Kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang sudi membantu dalam megusahakan tugasan ini iaitu, pensyarah kursus Ustazah Suria yang tidak jemu memberi panduan dan pendapat tentang isi yang kami ingin kupas serta tidak dilupakan kedua ibu bapa kami yang sentiasa mendoakan kejayaan kami tanpa jemu.
Akhirnya kami mengharapkan hasil kertas kerja ini dapat memberi penjelasan terhadap tajuk yang diberi iaitu ‘Proses kejadian langit dan bumi dari sudut pandangan Al-quran’ seterusnya menjadikan pembaca dapat mengambil pengajaran dan iktibar terhadap kajian tersebut
Selanjutnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan itu adalah dari kelemahan kami sendiri .

No comments:

Post a Comment